seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Sempat Main Tinder Masa Konsert, Ramai Pula Beri Arahan 'Swipe' Mana

Selamba je dia.

Cover image via @ayrashaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, banyak alternatif atau cara anda boleh berkenalan dengan seseorang

Senang kata, nak cari 'jodoh' pun kini boleh dihujung jari sebab kita boleh lihat banyak aplikasi yang boleh kita berkenalan dengan seseorang betul tak?

Namun, anda perlulah berhati-hati kerana banyak juga perkara yang buruk berlaku berkenalan secara online ini.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sempat bermain Tinder ketika sedang berlangsungnya konsert telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai pula beri arahan suruh swipe ke kiri atau kanan

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu sedang berlangsungnya konsert daripada kumpulan Bunkface.

Tetapi, apa yang menarik di situ adalah apabila seorang pemuda dengan selamba bermain Tinder sambil mengangkat tinggi telefonnya.

Situasi itu membuatkan orang ramai di situ berseloroh dan memberi arahan kepadanya antara swipe ke kiri atau kanan.

"Minta pendapat la tu nak pilih mana" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberi pandangan masing-masing selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 596.3K views, 75.9K likes dan 631 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sporting je semua suruh dia swipe mana satu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: