seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Minta Putus Dengan Awek Filipina, Tapi Tak Sangka Dapat Kejutan Lain

Ha sudah, dua-dua kantoi! :D

Cover image via @shawny816 (TikTok)

Bercinta jarak jauh bukanlah proses yang mudah, kalau hati tak kental memang boleh goyang sesuatu hubungan itu

Kebanyakan pasangan terpaksa putuskan hubungan cinta jarak jauh berpunca daripada beberapa sebab seperti salah seorang bertindak curang ataupun masalah komunikasi yang sering menjadi isu utama.

Mungkin perbezaan waktu juga adalah salah satu faktor hubungan cinta jarak jauh sukar untuk dijaga. Lebih-lebih lagi jika salah seorang daripada pasangan itu adalah seorang yang clingy, 24 jam nak contact.

Namun, berbeza pula dengan video pasangan ini yang tular di aplikasi TikTok beberapa hari lalu, di mana teman lelaki yang merupakan seorang Mat Salleh telah memuat naik videonya ketika sedang membuat panggilan video bersama teman wanita yang berbangsa Filipina.

Video itu tular kerana unexpected surprise yang teman lelaki itu dapat apabila dia ingin memutuskan hubungan dengan wanita Filipina tersebut.

Lihat video penuh di bawah:

Mat Salleh itu naik angin apabila dia diberi kejutan oleh teman wanitanya yang juga curang dalam masa yang sama

Menerusi video tersebut yang kini mendapat hampir 3 juta tontonan di TikTok, Mat Salleh itu pada mulanya ingin memutuskan hubungan dengan wanita Filipina itu kerana dia sudah ada teman wanita baru.

"I no longer wanna be with you, and I'm not coming down to Philippines. I met somebody and me and her are together for a year. I think you're a nice person but I'm sorry this has to end. I can't do it no more," katanya.

Sebaik saja dia berkata begitu, teman wanitanya kelihatan tenang dan tiba-tiba, dia menarik seorang lelaki masuk ke dalam video call tersebut. Lelaki itu adalah boyfriend barunya.

Maksudnya di sini, dia juga telah curang tanpa pengetahuan bekas teman lelakinya, dan itu membuatkan bekas teman lelakinya marah dan tidak sangka dengan kejutan itu.

Rata-rata netizen yang komen di video tersebut berpihak kepada wanita Filipina itu dan berkata ia adalah karma kepada bekas teman lelakinya yang curang terlebih dahulu

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai yang menyangka wanita itu menangis apabila mendapat tahu dia dicurangi, tetapi rupa-rupanya tidak kerana dia pun curang juga.

Ada juga yang kata video tersebut hanyalah prank semata-mata. Malah, ada pula yang ingat wanita itu sebenarnya seorang lelaki atau kita biasa panggil sebagai 'mak nyah'.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesimpulannya, tiada siapa yang rugi sebab sama-sama curang :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: