seismik

[VIDEO] Lelaki Buat Content 'Hantu' Kena Kurung, Tapi Komen Netizen Pula Curi Perhatian

Hantu pula kena ganggu ya.

Cover image via

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, ketika ini seluruh umat Islam seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa selama sebulan

Malah, Ramadan adalah bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana ia bulan mulia dan dipenuhi dengan keberkatan daripada Allah SWT.

Seperti yang kita tahu, makhluk halus seperti iblis, syaitan dan jin akan dirantai pada bulan Ramadan untuk mencegah mereka daripada mengganggu dan memperdaya orang yang beriman.

Begitupun, lain pula ceritanya dengan sebuah video yang tular ini menunjukkan gelagat tiga lelaki selepas solat tarawih telah meraih perhatian netizen.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Perli hantu kena kurung selepas balik tarawih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sharifdaznisuhaimi, kelihatan tiga lelaki tersebut sedang memerli 'hantu' yang dikurung itu semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dalam video berkenaan dapat dilihat, lelaki-lelaki itu bertemu bersama 'hantu pocong' selepas menunaikan solat tarawih pada malam pertama di bulan Ramadan.

Mereka bertemu 'pocong' tersebut di dalam sangkar selepas terdengar 'hantu' itu cuba melepaskan diri dan berkata "lepaskan aku."

Mereka yang mendengarnya terus ketawa dan memerli 'hantu' itu kerana dikurung.  

"Terkejut aku dia punya gelak tu hahahahahahahaha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 602.8K views, 92.5K likes dan 1,718 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan gelagat mereka.

Malah, ada juga yang meminta untuk part dua selepas Aidilfitri. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jangan seronok sangat bang, nanti lepas habis puasa pocong tu cari balik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: