seismik

[VIDEO] Lama Sangat Tunggu Nak Ambil Order, Abang Rider Ini Selamba Tebar Roti Canai

Dah macam biasa je tengok dia.

Cover image via @broarifffff (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang memesan makanan secara online sudah menjadi kegemaran ramai

Ia lebih memudahkan dan tidak perlu keluar untuk membelinya. Semuanya akan dihantar terus di depan rumah. Malah, pilihan makanan di dalam aplikasi juga sangat banyak.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang abang rider memasak sendiri kerana menunggu order di kedai telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bosan tak boleh tunggu lama-lama, terus pergi masak sendiri

Menerusi video tersebut, kendengaran seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia sedang berada di salah sebuah kedai makan.

Dia menunjukkan seorang rider foodpanda sedang memasak di kedai tersebut. Difahamkan, rider itu mengambil keputusan memasak sendiri kerana telah lama menunggu order.

Dengan muka yang selamba, lelaki itu juga kelihatan seperti mahir dan sudah biasa memasak makanan di kedai itu.

"Your rider are preparing your food" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut turut terhibur melihat gelagat rider itu. Malah, ramai yang memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 355.4K views, 53.2K likes dan 688 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Baiklah abang, terus buat sendiri je ya order, senang :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: