seismik

[VIDEO] Lama Menghilang, Tular Video Sajat Tiba-Tiba Dah Jadi 'Hos' Rancangan 999 Pula?

Ke video lama ni?

Cover image via @edruceshaff (TikTok

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tidak kenal dengan Sajat atau kecoh nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman

Seluruh negara sedia maklum sebelum ini Sajat telah menghilang sejak beberapa bulan yang lalu dan sehingga kini belum dapat dijejaki di mana dia berada.

Namun, tular baru-baru ini mengenai sebuah video di TikTok memaparkan klip rakaman Sajat di sebuah studio mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@edruceshaff

Selama ni hilang sajat ,dia jadi Host 999.. ##fyp

original sound - Shaff

Lama menghilang, tiba-tiba jadi hos rancangan 999

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @edruceshaff di laman TikToknya, kelihatan Sajat sedang berlakon menjadi pengacara rancangan terkenal di TV3 iaitu 999.

Jika dilihat dari penampilannya yang lengkap berbaju kurung moden dan bertudung, Sajat seperti sedang menjalankan sesi photoshoot di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Namun, apa yang lebih menghiburkan orang ramai adalah apabila dia dengan yakinnya membawa watak Zakiah Anas tetapi tergagap dan tersasul di awal video.

"Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Zakiak, Zakiah Anas dalam lancaran episod kali ini. Apakah kata mereka tentang Covid-19. Ah gitchu!" katanya.

"Selama ni cikgu aku la yang salah ajar, LANCARAN rupanya" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini meraih 400.8K views, 21.7K likes dan 3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi Sajat yang bersahaja itu.

Malah, ramai yang membahan ayatnya apabila tersilap sebut 'rancangan' menjadi 'lancaran'. Ada juga yang rindukan telatahnya yang sering menghiburkan rakyat Malaysia walaupun selalu menimbulkan kontroversi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, tak pernah tak buat hal lah Sajat ni. Apa-apa pun kami terhibur! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: