seismik

[VIDEO] Lama Berdiri Tunggu, Abang Terhibur Lihat Adik Tak Masuk Kereta Sebab Lupa No Plat

Aduhai, makin lama lah tunggu macam itu.

Cover image via @_xizzz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sewaktu zaman persekolahan, tentu ibu bapa yang akan mengambil kita pulang ataupun bas sekolah betul tak?

Ada kalanya mereka dah lama sampai tapi kita saja tak perasan. Malah, adalah amat penting untuk mengingati nombor plat kereta yang kita naiki sebab iyalah banyak kereta yang sama.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terhibur melihat perangai adiknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sekolah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_xizzz when your adik lupa no plat kau maklum la tinted terang sangat #fyp #amideketu I'm Addicted To - SUBAG GOO

Tak masuk kereta sebab tak ingat nombor plat abang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah sekolah untuk menjemput adiknya pulang.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja habis sesi persekolahan, si adik tidak memasuki kereta abangnya. Dia seakan lupa apakah nombor plat kereta abangnya, walhal dia sudah pun berada di depan kereta.

Situasi itu membuatkan si abang tergelak melihat perangai adiknya itu. Malah, difahamkan juga tinted kereta abangnya agak gelap membuatkan si adik sukar melihat di dalam.

"Dengar cerita dia duk pening lagi fikir nak masuk ke tak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 395.7K views, 49K likes dan 433 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, kalau macam itu sampai bila tak masuk :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: