seismik

[VIDEO] "Lain Macam" - Budak Kongsi Resepi Air Milo, Tapi Endingnya Pula Jadi Perhatian

Kenapa jadi menu lain dik?

Cover image via @mipanzeze (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil semestinya sesuatu yang menceriakan dan meriuhkan suasana di rumah

Ibu bapa pasti sudah masak dengan pelbagai gelagat dan kerenah mereka yang panjang akal. Ada kalanya tingkah laku mereka memang menggeramkan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak kecil berkongsi resepi air Milo telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sembang cara buat air milo, sekali menu yang disebut lain pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang berkongsi resepi air Milo kegemarannya sambil aksinya dirakam oleh ibu. 

Apa yang melucukan adalah apabila pada awalnya dia berkata bubuh gula, 'ayaq', Milo, 'ayaq' dan susu. Namun, endingnya apabila ditanya oleh ibu jadi apa, dia sempat menjawab jadi mee goreng membuatkan ramai tidak tahan gelak. 

"New resepi unlock, ni melawan hukum mee goreng ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 118K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Alahai dik, lawaklah. Jadilah resepi mee goreng milo! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: