[VIDEO] "Kuih Raya & Batik Pun Ada" - Tun Laila Kongsi Bazar Yang Dijual Di Penjara Kajang
Banyak rupa-rupanya ada jual.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam merayakan Aidilfitri
Sudah pasti ada yang telah lengkap dengan barangan raya mereka antaranya seperti baju raya dan kuih raya. Apatah lagi jika sudah biasa dengan kedai yang selalu dibeli setiap tahun.
Selain membeli kelengkapan barangan raya di pusat beli-belah, tahukah anda sebenarnya boleh membelinya di penjara?
Perkara itu dikongsikan oleh pempengaruh media sosial, Tun Laila yang berkongsi terdapat bazar di penjara yang dikunjunginya.
Ada pelbagai barangan masakan, kelengkapan raya dan makanan yang dijual
Menerusi akaun TikTok @yarafaee, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Tun Laila ketika itu
sedang berada di Penjara Kajang kerana baru selesai urusan kerja di situ.
Dia kemudian berkongsi sebenarnya ada banyak barangan yang dijual di penjara tersebut hasil daripada buatan banduan sendiri.
Antaranya adalah makanan frozen, kuih raya, batik, barangan perhiasan dan juga mini bazar Ramadan.
Tambahnya lagi, orang ramai boleh sahaja memasuki kawasan tersebut untuk membeli barangan seperti yang dinyatakan.
Penjualan tersebut termasuklah pada hari hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
Difahamkan, produk-produk yang ada dijual termasuk banduan daripada pelbagai penjara di negeri-negeri lain juga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!