seismik

[VIDEO] Kucing Ini Syok Menghendap Tuan, Tak Sangka Reaksinya Bila Terkejut Bikin Dekah

Lawaklah meow!

Cover image via @izhaikal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memelihara kucing sememangnya dapat menceriakan hari-hari kita dengan telatah lucu mereka

Tambahan pula jika memiliki si gebus yang banyak akal dan sentiasa menunjukkan perangai nakalnya, sudah pasti kita akan merasa geram melihat mereka.

Namun, pernah tak anda melihat kucing melatah? Sama seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seekor kucing melatah apabila terkejut disakat tuannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Syok menghendap tuan dalam bilik air, sekali melompat dan melatah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @izhaikal, kelihatan kucing berbadan kelabu itu sedang menuju ke bilik air untuk menghendap tuannya.

Namun, si tuan pula sengaja terkejutkannya dan reaksi kucing itu telah membuatkan semua orang di situ ketawa kerana terhibur melihatnya.

Dia dilihat seperti melatah dan menegakkan badannya sambil melompat-lompat jauh daripada pintu bilik air tersebut.

"Benda paling lawak pernah aku tengok atas muka bumi setakat ini" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mendapat 631.5K views, 55.4K likes dan 5.1K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur kerana pertama kali melihat kucing melatah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Dia terkejut sangatlah tu, itu yang sampai melompat-lompat tak fikir orang sekeliling dah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: