seismik

[VIDEO] Konfeti Terkena Pada Makanan, Suami Tarik Muka Selepas Dah Beri Peringatan

Takpelah, benda dah jadi.

Cover image via @princesshermossa03 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau menyambut hari lahir anak, sudah pasti kita inginkan sambutan tersebut diraikan dengan meriah

Lebih-lebih lagi sambutan itu adalah untuk anak yang masih kecil. Ibu bapa pasti ingin memberikan memori yang indah kepada anaknya.

Baru-baru ini, seorang ibu menyediakan popper konfeti bagi memeriahkan lagi majlis hari lahir anaknya. Namun begitu, ada perkara yang tidak dijangka berlaku.

Lihat video tersebut di bawah:

@princesshermossa03 TOLONG BACA DULU Begini cerita nya sebalik bfday yg ala kadar tu tp meriah , aq sebenrnya x expect mcm ni semua salah aq la jg x dgr ckp suami ckp sru letak kn tutup mknn dlu , bukan apa ba xda ruang rumh kcik jd smua mknn pun letak jk la dekat kek sng crita smua kaut kt stu sj la mknn.. jd masa hbis sj tiup lilin nynyi smua tu , strt la sy letop kn tu tp x sgka smua pergi mknn lekat,, menyesal sy jd kerja dua kali nsb ada spre mknn lg d dapur tpksa sy hidang kt ttmu, yg mknn kena liplap tu sy cuci balik sy tpksa msak blik smua nasi sj sy buang bgian atas dengan sy da bcantik2 tu ada plk sy p dapur ba masak bliksuami sy marah muka nya ba tu dn tgok reaksi muka ku yg tabah sbb trima kenyataan smua salah kucerita nya ni mhu ngis sm mhu ktwa pun ada jd pengajaran nya jangan tiru macam sy ya ibu2 buat letop2 ni klu blh tutup dlu atau tmpt lain dr mknn, tp sbnrnya bnyk kja jg liplap yg bertaburan tu stu kja pling geram sdh la aq xda vacum hmhhhhhhh penat menyapuok la tu la sj luahan coretan sy ingt tau jd kn pngjaran korg ketawa awas ar #fyppppppppppppppppppppppp #bfdaygirl #barbieday #bfday_celebration #lucutiktok #lawakviralmalaysia #fyp #fyptausug bunyi asal - Princes Ruhai Jefry

Konfeti berterbangan lalu terkena pada makanan

Menerusi video berkenaan, kelihatan terdapat makanan-makanan yang dihidangkan di hadapan keluarga tersebut. Tindakan ibu yang melepaskan konfeti tersebut menyebabkan ia terkena pada makanan yang tidak ditutup.

Menurut kapsyen yang ditulis @princesshermossa03, suaminya sudah mengingatkan supaya makanan yang terhidang itu ditutup dahulu. Dia juga tidak menjangka perkara itu akan berlaku.

"Takpalah benda dah jadi, belajar dari kesilapan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 10.5M views, 14K comments dan 175.6K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Biasalah tu, semangat sambut birthday anak, semua benda jadi lupa dah :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: