seismik

[VIDEO] "Kita Dah Sampai Depan Kaabah" - Jemaah OKU Tiba Di Tanah Suci Buat Ramai Sebak

Allahuakhbar.

Cover image via @umrahandalusiadotcom (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, kita perlu bersyukur dengan keadaan dan tubuh badan sempurna yang diberikan daripada Allah SWT

Bukan semua orang dilahirkan sempurna dan mampu melihat, berjalan seperti kita. Ada yang perlu menjalani kehidupan mereka dengan lebih sukar berbanding kita.

Namun, sebagai umat Islam ia bukanlah penghalang buat insan istimewa ini dijemput ke rumah Allah SWT.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan jemaah istimewa yang tiba di tanah suci menyentuh hati ramai.

Sebak setibanya di depan Kaabah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mutawif sedang membimbing sekumpulan jemaah istimewa ke kawasan Kaabah.

Namun, apa yang lebih membuat ramai tersentuh adalah setibanya mereka di depan Kaabah, mutawif mula sebak dan memberitahu mereka peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini.

Jemaah istimewa itu juga turut dilihat sebak ketika mengaminkan doa yang dibaca oleh mutawif dan mereka pun memulakan ibadah tawaf.

"Jemaah sekalian, kita semua depan Kaabah jemaah, kita semua depan Kaabah. Kita dah sampai depan Kaabah, Allahuakhbar," katanya.

Lihat video itu di bawah:

@umrahandalusiadotcom “ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH ” Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda? Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024#umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji Illahi Moqaleb Al Qoulob - Mohamed Tarek

Sebak tengok peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini kepada mereka :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: