seismik

[VIDEO] Ketam Buat Hal Lari Dari Kotak, Cara Wanita Ini Cuba Tangkap Pula Buat Ramai Gelak

Macam mana dia boleh terlepas tu.

Cover image via @ara_khalid89 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda seorang peniaga makanan laut, pasti banyak stok yang diambil akan diletakkan di rumah betul tak?

Kadang kala sampai tak sempat untuk mengemas kerana terlalu banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum pergi berniaga.

Tidak kiralah ketam, ikan atau lauk yang lain, makanan laut ini memang menjadi kegemaran ramai. Ditambah pula jika dimasak dengan cara seperti bakar atau sebagainya. Memang sedap!

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita terpaksa berdepan dengan detik melucukan bersama seekor ketam mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ketam tiba-tiba berjaya lepaskan diri dari kotak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang menunjukkan seekor ketam berjaya keluar daripada kotak yang berisi ketam yang ingin dijual oleh suaminya.

Dia kemudian cuba untuk menangkap ketam tersebut menggunakan penyepit sambil membebel kepadanya untuk menyuruh ketam itu masuk ke dalam kotak balik.

Apa yang lebih menghiburkan adalah cara wanita itu cuba menangkap ketam yang dilihat takut-takut kerana bertindak agresif dan seperti melawan tidak mahu masuk ke dalam kotak. Dia akhirnya berjaya menangkap ketam berkenaan dan diletakkan semula di dalam kotak.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@ara_khalid89

Hal kecik jangan la besar2 kan. Benda boleh bawak bincang kan ##ketamnipah ##fyp

original sound - Ara Khalid

"Dia takut nanti tak ada keturunan sebab kena masuk periuk" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu bersama ketam tersebut. Malah, ada juga yang memberikan padangan mereka masing-masing mengenai ketam itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 132.3K views, 18K likes dan 880 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai cik tam, boleh pula dia lari dari kotak tu ya tak nak join kawan-kawan lain :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: