seismik

[VIDEO] "Kejadian Rompakan" - Wanita Ini Sempat Rakam Detik Cemas Ketika Sedang Bekerja

Nasib baik tiada kecederaan teruk pada mangsa.

Cover image via @awanissss (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada waktu malam, aktiviti jenayah dan rompakan sering berlaku tanpa diduga

Bagi mereka, aktiviti jenayah pada waktu itu merupakan waktu 'keemasan' untuk bertindak jahat. Barang kemas dan duit sering menjadi sasaran mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video di TikTok berkenaan seorang wanita yang sempat merakam detik-detik cemas ketika berlakunya rompakan di sebuah kedai serbaneka.

Lihat video penuh di bawah:

@awanissss Kejadian rompakan di speedmart semenyih baru sahaja berlaku td . Doakan adik saya #fyp original sound - AwanisRuzahan

Penjenayah mengugut mangsa untuk membuka peti simpanan wang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @awanissss di TikToknya, penjenayah itu memaksa wanita tersebut untuk membuka peti simpanan wang yang berkunci.

Namun begitu, arahannya itu terbatas kerana kunci peti tersebut tidak dipegang dan disimpan oleh wanita berkenaan.

Tambahan pula, gesaan tersebut bertindak lebih tegas apabila penjenayah itu menyedari bahawa dia sedang dirakam.

Lihat sambungan video berkenaan di bawah:

"Kaunter boleh la dia buka, kalau peti besi memang dia tiada kunci." - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 2.5M views, 149.4 likes dan 1.9K comments di TikTok.

Rata-rata warganet turut bersimpati di atas kejadian malang yang ditimpa oleh wanita tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat tampil segera melakukan siasatan :')

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: