seismik

[VIDEO] Kanak-Kanak Palestin Jerit Minta Bantuan Pada Askar Mesir Di Pagar Sempadan Rafah

Difahamkan, kanak-kanak tersebut meminta bantuan untuk ambil tindakan terhadap serangan Israel.

Cover image via @ajplus (Instagram) & Al Jazeera

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak Palestin menjerit meminta bantuan askar Mesir di sempadan Rafah

Menerusi video perkongsian @ajplus di Instagram itu, sekumpulan kanak-kanak dilihat berarak berjalan di sepanjang pagar sempadan Rafah.

Melihat kehadiran askar Mesir di seberang bahagian negara Mesir, kanak-kanak tersebut bersorak meminta pertolongan askar-askar berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap serangan Israel.

Sehingga hari ini, Israel telah mengebom Gaza selama lebih 100 hari dan lebih dari 24,000 rakyat Palestin telah terkorban akibat serangan terbabit.

"Children should not be begging to be saved. They should just be saved" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 774K views dan 33.2K likes.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Mesir merupakan satu-satunya negara Arab yang berkongsi sempadan dengan wilayah Gaza.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan di SAYS Seismik:

You may be interested in: