seismik

[VIDEO] Jurufoto Gigih Nak Ambil Gambar Gadis Mirip Neelofa Sampai Tersasul Panggil 'Abah'

Untungnya muka cantik macam Lofa!

Cover image via @zarulkacak (TikTok)

Sebelum ini, tular seorang kanak-kanak bernama Che Naura Auni yang dikatakan mukanya mirip seperti selebriti popular Neelofa

Populariti Naura melonjak naik selepas dia viral di seluruh platform media sosial, malah dia telah diundang ke rancangan MeleTOP yang pernah dihoskan oleh Neelofa sendiri.

Baru-baru ini, seorang lagi gadis dari Kedah tular di laman aplikasi TikTok apabila mukanya dikatakan persis Neelofa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang photographer bernama Zarul, dia kebetulan terjumpa gadis cantik itu semasa sedang bekerja di sebuah majlis.

Lihat video part 1 di bawah:

@zarulkacak

Aku beranikan diri p follow tt adik ni kap..dia baru install mcm muka sapa ni huys?? @chickentandoori02 ##photographerpenang

Wip Wup - Ikaaa

Gara-gara excited nak ambil gambar gadis itu, Zarul beranikan diri jumpa ayahnya untuk minta izin sampai tersasul panggil 'abah'

Menurut Zarul, dia ingin mengajak gadis berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Widad itu photoshoot di pelamin rumah tersebut kerana rupa parasnya iras Neelofa.

Sebelum ini, Zarul memang terkenal di TikTok menerusi video-videonya yang suka ambil gambar orang yang dia jumpa secara random. Antaranya adalah gambar pekerja Petronas, Foodpanda, pengantin dan ramai lagi.

Susulan itu, dia memberanikan diri untuk minta izin dengan bapa Widad terlebih dahulu sebelum mengambil beberapa keping gambar gadis itu.

Perbualan mereka mencetuskan dekah apabila Zarul terpanggil ayah Widad 'abah' dan reaksi ayahnya yang terkejut membuatkan Zarul tergelak kecil. Setelah mendapat kebenaran, Zarul memulakan sesi photoshoot itu dan hasil gambar Widad memang cun habis!

Lihat video part 2 di bawah:

@zarulkacak

Reply to @cikbungahoney PART 2 thanks for 1M xsampai 24hours jom follow adik ni @chickentandoori02 @neelofa ##photographerpenang

Putri Iklan - ST12

"Macam muka mak Lofa pun ada" - Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan ayu dan kecantikan Widad, malah ada yang berkata ini baru betul definisi natural beauty.

Ramai juga yang berpendapat mukanya lebih iras ibu Neelofa berbandingnya. Senang cerita, memang cantiklah Widad ini. 

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Confirm lepas ni ramai beratur nak jumpa abah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: