[VIDEO] Jurubahasa Isyarat Lejen Curi Tumpuan Terjemah Berita Sendiri Lepas Terima Pingat
Tahniah diucapkan!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai yang sudah sinonim dengan jurubahasa isyarat di kaca televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan?
Gayanya menterjemahkan berita buat Orang Kelainan Upaya (OKU) sememangnya menarik perhatian ramai.
Wanita yang dikenali sebagai Tan Lee Bee, 64 tahun, itu telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2 Jun lalu.
Tan Lee Bee adalah antara 16 individu menerima Bintang AMN pada istiadat itu yang turut menyaksikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.
Terjermah bahasa isyarat untuk berita sendiri
Menerusi sebuah video di akaun TikTok @azharanditahir, Tan Lee Bee dilihat menterjemahkan berita dirinya sendiri.
Berita berkenaan dirinya kemudian telah disiarkan dalam RTM di mana dia juga sebagai jurubahasa isyarat laporan berkenaan.
"Bila kau sendiri ‘menjuru bahasakan’ berita diri sendiri. Tahniah," tulis pada video.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!