seismik

[VIDEO] Jumpa Orang Utan Nama Rokiah, Tapi Cara Gadis Ini Seru Pula Bikin Dekah Ramai

Terkejut si Rokiah!

Cover image via @wanieooi95 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita pergi ke zoo, sudah tentu kita teruja apabila dapat melihat pelbagai jenis haiwan di depan mata bukan?

Tidak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa, jika ternampak haiwan yang jarang kita lihat sudah pasti kita akan excited untuk mengambil gambar dan merakam video.

Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila tular sebuah video memaparkan seorang gadis pergi ke zoo dan membaca nama-nama orang utan di situ telah mengundang dekah.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@wanieooi95

Nohhh nama rokiah… sapa ada nama rokiah sila hadir

original sound - wanieooi

Fokus baca nama orang utan, sekali yang terakhir curi tumpuan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanieooi95, kelihatan dia ketika itu sedang berada di sebuah zoo bersama kawan-kawannya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia tiba di kawasan orang utan di mana terdapat papan tanda yang tertera nama-nama mereka.

Dia membaca satu per satu nama orang utan di situ. Apa yang lebih melucukan, setibanya di nama terakhir, dia tercuit untuk melaungkan nama orang utan itu iaitu 'Rokiah'.

"Maya, Tsunami, Choky, Ana, nohhh Rokiah! Rokiahhh! Rokiahhh!!!" jeritnya.

"Kak perlahanlah sikit suara tu. Malu jiran-jiran dia dengar. Hang punya 'nohhh' tu hahaha macam panggil anak balik" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 6.1M views, 801.9K likes dan 18.3K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur mendengar caranya memanggil Rokiah itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Masalahnya, mana pergi si Rokiah tu? Orang panggil tak sahut eh :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: