seismik

[VIDEO] "Jauh Dia Lompat" - Lelaki Ini Lari Sambil Jerit Ketakutan Gara-Gara Lipas

Dia punya geli tu terus lari jauh ya.

Cover image via @amrash3636 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai ketakutan dan geli terhadap sesetengah haiwan atau binatang

Ada yang geli dengan tikus, cicak, ular dan sebagainya. Tidak dinafikan ada juga yang auto lari bila ternampak lipas. Tambahan lagi, jika lipas itu jenis yang terbang. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat melompat dan lari jauh apabila ternampak seekor lipas telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Auto lari dan terjerit sebaik saja ternampak lipas

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang lelaki sedang bersedia untuk memasuki rumah mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang daripada lelaki itu terus melompat dan lari jauh gara-gara ternampak lipas bergerak ke arahnya. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila dia mengeluarkan jeritan bunyi yang kelakar. Dengan video yang berkapsyenkan "sado tak semestinya berani" itu telah mengundang tawa netizen. 

"Takpa bang, yang penting lompat tu penuh gaya" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki tersebut. Malah, ramai yang mengaku mereka akan bertindak sedemikian juga. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 114K tontonan, 5K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Haa.. baik mengaku cepat siapa macam tu jugak? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: