seismik

[VIDEO] Jalan Bukan Main Ayu, Pelajar Sekolah Ini Lupa Kain Sekolah Tak Buka Jahitan Lagi

Patutlah jalan macam berjingkit.

Cover image via @awbytoo (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, sesi persekolahan secara bersemuka kini sudah pun dibenarkan buat pelajar dan guru

Tentu bermacam ragam dan perangai kita dapat lihat berlaku di media sosial yang dikongsikan bukan. Tambahan lagi buat murid darjah 1. Malah, pelajar tingkatan juga tidak kurang ragamnya. Iyalah selepas hampir 2 tahun tidak belajar bersemuka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pelajar perempuan dirakam oleh ahli keluarganya ketika sedang berjalan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@awbytoo firstday sekolah dah buat malu #fyp bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Lupa kain tak tetas jahitan lagi, terpaksa jalan berkepit

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis dirakam oleh ahli keluarganya sebaik saja dia pulang daripada sekolah.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara jalannya dilihat begitu berbeza. Rupa-rupanya difahamkan, belahan jahitan kain sekolahnya itu tidak dibuka lagi membuatkan dia terpaksa berjalan berkepit.

Situasi itu membuatkan ahli keluarganya tergelak melihat cara berjalannya yang kelakar itu.

"Kalau nampak perempuan jalan ayu tu boleh agak dah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama mereka berdepan situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 135.7K likes dan 1,484 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti ramai yang pernah lalui juga kan. Terpaksalah jalan ayu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: