seismik

[VIDEO] Jadi Pelajar Terakhir Ambil Skrol Konvo, Pemuda Ini Siap Bersilat Atas Pentas

Penutup majlis.

Cover image via @swimiss.academy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita lihat hari ini, banyak universiti yang sedang menjalankan majlis konvokesyen selepas hampir dua tahun ia ditangguhkan akibat pandemik Covid-19

Tentu sekali, ia adalah berita yang menggembirakan hati pelajar kerana mereka dapat menaiki pentas untuk hari bersejarah mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pelajar siap bersilat di atas pentas semasa mahu mengambil skrol telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba bersilat atas pentas sebab jadi pelajar terakhir

Menerusi video tersebut, kelihatan ia memaparkan situasi semasa majlis konvokesyen di Universiti Selangor.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pelajar lelaki yang secara tiba-tiba membuat persembahan silat di atas pentas ketika dia mahu mengambil skrol tersebut.

Dia dilihat dengan penuh bergaya melakukannya memandangkan dia merupakan pelajar terakhir yang mengambil skrol pada majlis tersebut.

Lihat antara video lain itu di bawah:

"Berani ko dik depan canselor. Tahniah, adat tu penting penutup kata" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat aksi pelajar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 90.5K likes dan 2,092 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebat betul silat dia. Apa-apa pun tahniah! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: