seismik

[VIDEO] Jadi Hantu Untuk Cari Rezeki, Peminta Sedekah Ini Curi Perhatian Netizen

Sejak bila Pennywise minta sedekah ni?

Cover image via @frezani10 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak mengenali watak badut Pennywise dalam filem seram terkemuka IT yang bukan sahaja digeruni oleh kanak-kanak malah juga orang dewasa?

Bagi yang tidak tahu, Pennywise merupakan salah satu hantu yang terkenal dalam kalangan filem seram barat.

Baru-baru ini, tular video mengenai seorang peminta sedekah yang menyamar sebagai hantu dan memakai kostum Pennywise telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video tersebut di bawah:

Peminta sedekah tunjuk kreativiti dengan menyamar sebagai hantu

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @frezani10, pada mulanya peminta sedekah itu kelihatan seperti patung.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila patung itu tiba-tiba dilihat bergerak sambil mendekati orang di sekelilingnya.

Peminta sedekah tersebut kemudian mengeluarkan bekas duit untuk meminta sedekah kepada kereta-kereta yang lalu di situ.

“Salute gila tengok orang yang rajin dan kreatif cari rezeki macam ni” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 865.4K tontonan, 71.8K tanda suka dan 1214 komen, rata-rata netizen terhibur dan memberi reaksi masing-masing selepas melihatnya.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Terkejut, nasib tak terjah orang sesuka hati. Semoga murah rezeki! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: