seismik

Video Ini Dedah Ramai 'Australians' Benci Muslim Tanpa Kenal Islam, Hanya Kerana 1 Sebab

Macam tak percaya.

Cover image via OnePath Network / Facebook

Selepas insiden tembakan di New Zealand, orang ramai kembali membincangkan mengenai isu Islamophobia yang dilihat semakin meruncing

Image via gannett-cdn.com

Islamophobia merupakan perasaan benci dan prejudis terhadap Islam dan Muslim.

Saban tahun, masyarakat dunia lazimnya mempunyai persepsi yang buruk terhadap Islam dan kepercayaan itu masih lagi dipegang oleh segelintir mereka sehingga sekarang.

Malah, pengganas insiden tembakan New Zealand terbabit, Brenton Tarrant yang merupakan rakyat Australia turut mengakui tindakannya itu dicetus oleh perasaan bencinya terhadap Islam

Image via telegraph.co.uk

Di Australia, bukan Brenton seorang sahaja yang mengalami Islamophobia

Image via tribune.com.pk

Sebuah syarikat produksi OnePath Network yang berpangkalan di Sydney, Australia telah merungkai satu statistik yang mengejutkan orang ramai.

Selepas melakukan penyelidikan selama setahun, pasukan OnePath mendapati bahawa rakyat Australia selama ini telah disogok dengan terlalu banyak liputan negatif mengenai Islam menerusi media arus perdana.

Berdasarkan kajian mereka ke atas 5 akhbar utama Australia, mereka menemui hampir 3,000 artikel yang merujuk Muslim sebagai ekstremis, pengganas, radikal, dan macam-macam lagi

Jumlah itu memberi purata 8 artikel sehari dan statistik ini dikutip hanya pada tahun 2017.

Bayangkan, setiap hari terdapat 8 artikel yang menggambarkan Islam dan Muslim secara negatif, malah sesetengahnya turut dijadikan muka hadapan akhbar.

Lebih buruk lagi, satu bancian daripada Essential Report melaporkan bahawa 49 peratus rakyat Australia menyokong pengharaman kemasukan Islam ke negara tersebut

Sebuah lagi kajian oleh Griffith University pada 2016 juga mendapati hampir 70 peratus rakyat Australia mengakui tidak tahu apa-apa tentang Islam dan Muslim.

"We know nothing about Muslims, but we hate them anyway," lapor video OnePath.

Lihat video penuh di bawah:

Islam in the Media 2017

Islam in the Media - The statistics will shock you.

Posted by OnePath Network on Monday, February 19, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Usah risau, ada hikmah di sebalik kejadian:

Laporan tentang insiden tembakan di New Zealand DI SINI:

You may be interested in: