seismik

[VIDEO] Ingat Nak Tolong Naik Sampan, Tapi Member Pula Tergolek Jatuh Macam 'Spiderman'

Malang tak berbau betul.

Cover image via @gusnihtmh (TikTok)

Mempunyai rakan yang ramai pasti membuatkan kita tidak kering gusi dengan telatah-telatah mereka ini

Pasti gurauan mereka ini sedikit sebanyak akan menghilangkan rasa bosan seharian kita.

Tetapi, ada kalanya beberapa gurauan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang lelaki mengusik rakannya ketika mahu menaiki sampan sehingga terjatuh.

Baru nak berangan dayung sampan, sekali member lepaskan tali sampai hanyut

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki pada awalnya sedang mendayung sampan kerana ingin merasai pengalaman itu.

Tetapi, rakan-rakannya pula sengaja mengusik lelaki itu dengan melepaskan tali yang menambat sampan tersebut sehingga membuatkan lelaki berkenaan keliru dan tidak tahu bagaimana untuk kembali ke darat.

Mula-mula nak selamatkan member daripada hanyut, tapi dua-dua pula terjatuh dalam sungai

Oleh kerana kesian melihat rakannya itu, seorang lagi lelaki cuba datang untuk menghulurkan bantuan dengan berpaut pada sebatang tiang kayu dan menghulurkan tangannya.

Namun, apa yang lebih melucukan ketika dia sedang berpaut pada tiang kayu itu, dia dengan tidak sengaja telah terjatuh kerana kayu tersebut tidak dapat menahan bebanan itu.

Ia sekali gus menyebabkan lelaki terbabit terjatuh ke dalam sungai, malah lelaki yang mendayung sampan itu turut terjatuh bersamanya.

Lihat video penuh ini di bawah:

@gusnihtmh

Pdhl dalem bgt aernya bekas banjir dan sblhnya sungai ##banjir ##banjirkalsel ##ohnonononoo ##fyp

Oh No - Kreepa

"Akhirnya mereka berdua yang terjatuh bersama dalam sungai" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan. Malah, ada yang menganggap ianya seperti satu karma kerana telah menyakat rakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 532.8K likes, 6645 comments dan 3980 shares.

Berikut adalah komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

Niat nak tolong dah baik dah, tapi lain pula yang jadi ya. Lawak betul :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: