seismik

[VIDEO] "Hilang Stress Aku Jap" - Budak Lelaki Mengaji Dengan Nenek Ini Curi Tumpuan Ramai

Boleh pula dia plot twist tu.

Cover image via @akuikmalhanif (Twitter)

Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sudah pun dikuatkuasakan sejak 13 Januari yang lalu

Disebabkan itu, banyak aktiviti harian yang terjejas dan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Antaranya seperti sesi persekolahan yang tidak digalakkan untuk para pelajar hadir ke sekolah untuk pembelajaran. Kini mereka hanya menggunakan sistem pembelajaran secara online saja.

Namun, lain pula dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang budak lelaki yang sedang mengaji bersama neneknya mencuri tumpuan ramai.

Nenek suruh doa lain, lain pula yang didoakan oleh kanak-kanak tersebut

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang mengaji bersama neneknya.

Namun selepas selesai mengaji, si nenek mengajar kanak-kanak lelaki berkenaan dengan bacaan doa yang berbunyi:

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku sebab aku melawan tokku," katanya.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah apabila kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengikut bacaan doa itu tiba-tiba menukar ayat dibelakangnya dengan nada gurauan.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Tak nak kalah, dah lah baca tapi mata tak tengok iqra" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 157K views, 8.9K retweets dan 8.7K likes.

Aduhai, cepat je dia tukar ayat belakang tu. Panjang akal kau ya dik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: