seismik

[VIDEO] Geram Kena Block Dekat Tempat Parking, Kereta Ini Sampai Terpaksa Kena 'Langgar'

Boleh pula dia park dekat situ.

Cover image via @miaayuslix (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah mengalami situasi apabila kereta anda dihalang bukan?

Sudah tentu situasi ini amat menyukarkan kita, tambahan lagi jika masa itu kita hendak cepat dan bergegas untuk ke tempat lain.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sebuah kereta terpaksa melanggar kereta di belakangnya yang menghalang parking kerana tidak dapat keluar mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@miaayuslix

Entah lah tak tahu nak cakap apa ‍.. kesian kat makcik tu

as usual - Official Sound Studio

Sempit nak keluar dari tempat parking sebab kena halang dengan kereta belakang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi situasi semasa dia berada di salah sebuah tempat parking kereta.

Dia kemudian menunjukkan keadaan sebuah kereta yang terpaksa melakukan beberapa kali cubaan untuk keluar kerana telah ruangan yang sempit akibat dihalang oleh kereta dibelakangnya.

Disebabkan dia sudah lama mencuba untuk keluar, dia dilihat terpaksa melanggar kereta dibelakangnya bagi memudahkan keretanya untuk keluar kerana owner kereta tersebut masih tidak mengalihkan keretanya.

"Nasib bukan 4x4 kalau tidak hancur kereta dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram mereka melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 354.4K views, 9,351 likes dan 538 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Susah sangat, langgar je cara dia. Lain kali jangan parking dekat situ ya ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: