seismik

[VIDEO] "Gelak Dulu Baru Tolong" - Pemuda Menggelupur Kaki Ada Pacat Ini Curi Tumpuan

Kawan pun, kemain eh gelak.

Cover image via @fikrihensemmm (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam banyak-banyak haiwan, mesti akan ada satu atau dua jenis haiwan yang kita paling geli betul tak?

Selalunya ramai yang akan geli dengan binatang seperti lintah, pacat, cicak, lipas dan sebagainya. Tidak tahu mengapa, tapi bila nampak saja haiwan-haiwan ini mesti terus melompat dan menjerit sebab geli.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi kisah ketika kaki rakannya digigit pacat telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kawan tengah menggelupur, yang lain boleh bantai gelak

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi kisah ketika rakannya gelabah sebaik saja kakinya digigit pacat.

Sebaik saja dia sedar kakinya digigit pacat, dia terus gelabah dan menggelupur di atas jalan sebab takut dan geli.

Lebih melucukan lagi, rakan yang berada di situ tak berhenti mengetawakannya dek kerana lucu melihat dia gelabah gara-gara pacat. Sebaik saja reda ketawa, barulah salah seorang daripada mereka membantunya.

"Betul la orang kata, kalau member ada masalah jangan tolong dulu tapi gelak dulu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 8.2M views, 315.8K likes dan 4,680 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haha, ini baru betul kawan. Gelak dulu baru tolong :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: