seismik

[VIDEO] Gelagat Kucing Ini Pandai 'Bersopan Santun' Minta Makanan Buat Ramai Geram. Comel!

Mesti dah dilatih dari kecil ni, bijak betul.

Cover image via @zackasyraf1909 (TikTok)

Bagi setiap pencinta kucing pastinya tidak akan bosan melihat telatah haiwan comel ini

Ada saja gelagatnya yang sering mencuri tumpuan ramai di laman sosial, tambahan lagi jika kucing itu pandai membuat memek muka atau meniru gaya manusia.

Sama seperti video yang tular di laman aplikasi TikTok ini apabila seekor kucing pandai meminta makanan kepada tuannya telah menjadi perhatian warganet.

Lihat video itu di bawah:

Buat gaya macam minta tolong dan tepuk tangan selepas tuan suruh minta makanan

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan kucing berwarna kelabu tersebut sedang duduk di hadapan tuannya menunggu masa untuk makan.

Namun, ia kemudiannya telah disuruh tuannya untuk membuat gaya bagaimana hendak meminta makanan. Ia terus membuat memek muka seolah-olah faham dengan arahan tuannya.

Kemudian dengan spontan kucing gebu itu merapatkan kedua-dua belah kaki kiri dan kanannya seperti meminta tolong. Gayanya yang comel seperti menepuk tangan itu membuatkan tuannya ketawa kecil dan teruja kerana mempunyai kucing yang bijak seperti itu.

"Comelnya cerdik pula tu, kucing aku reti mengiau tak sudah mintak makanan" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 332.6K views, 40.6K likes dan 1.1K shares di TikTok, rata-rata warganet turut cair dan terhibur melihat aksi comel kucing kelabu itu.

Boleh dikatakan majoritinya meninggalkan komen tidak henti-henti memuji kecomelan si bulus tersebut yang bijak dan sopan santun.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nak bela kucing macam ni jugak lah. Bukan main bersopan santun lagi ya cik meow :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: