seismik

[VIDEO] Gadis Order Gambar Hitam Putih Dekat Shopee, Hasil Lukisannya Pula Bikin Dekah

Terhibur tengok.

Cover image via @_ilaa.atikkkk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan adanya kemudahan pembelian barang secara online sekarang, ia memang sangat menjimatkan masa kita

Tambahan pula bagi para ibu bapa yang sibuk menjaga anak-anak sehinggakan tiada masa untuk keluar membeli barangan keperluan.

Dengan adanya beberapa servis penghantaran barang, ia sememangnya telah menyenangkan kerja kita. Tinggal search saja dan kita akan dapat lihat macam-macam barangan yang dijual.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis menempah lukisan secara online telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_ilaa.atikkkk

##fyp ke tidak nim tngk sampai habis ##fyp

bunyi asal - ïl4_04

Order gambar hitam putih, hasilnya pula menghiburkan

Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi kisah lucunya selepas membuat tempahan gambar di sebuah kedai melalui Shopee.

Dia kemudian menghantar sekeping gambarnya untuk dilukis kepada seller tersebut. Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah gambar lukisan daripada seller itu kelihatan agak kelakar kerana ia langsung tidak sama seperti gambarnya.

Perkara itu membuatkan dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi sama ada ketawa atau menangis selepas melihat sendiri hasil lukisannya itu.

"Hahaha senang kerja budak tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas melihat hasil lukisan itu. Malah, ada yang berpendapat sekarang bermacam-macam cara dilakukan demi mencari duit.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 121.7K likes dan 4,494 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Macam-macam cara ya sekarang nak cari duit. Tapi lukisan dia tu memang buat kita terhibur :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: