seismik

[VIDEO] Gadis Melayu Ini Berjaya Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. Salute!

Tak baik menganiaya haiwan.

Cover image via @aqilahyuhanis54 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua haiwan atau binatang merupakan makhluk Tuhan

Walaupun kaum Muslim tidak dibenarkan untuk menyentuh anjing, tetapi tidak bermakna kita boleh menyeksa haiwan-haiwan itu. Malah, kita diajar untuk berbuat baik dan sentiasa mengasihi haiwan.

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berjaya menolong seekor anjing yang dibuang dan diikat lehernya mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aqilahyuhanis54

Berbuat baiklah kepada semua makhluk Allah. Tak rugi pun kalau kita buat baik dekat haiwan #fyp #fyp #doglover #pencintahaiwan #sad #pets #pets

rintihan rindu - Adek Nurul

Menangis jumpa anjing dalam guni dan diikat lehernya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aqilahyuhanis54 di laman TikToknya, kelihatan dia sedang merakam rakannya yang gigih meleraikan tali guni itu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila sebaik saja tali itu dileraikan, mereka ternampak seekor anjing yang terperangkap di dalam guni dengan lehernya diikat.

Dipercayai bahawa anjing itu dibuang oleh orang lain. Gadis tersebut bertindak menyelamatkan anjing itu dengan memberikan air sebaik saja melihat anjing itu tercungap-cungap. Gadis itu menahan sebak lalu mengalirkan air matanya kerana kasihankan anjing itu.


@aqilahyuhanis54

Anjing ni haiwan paling cerdik. Pandai dia menghargai orang. Dia nampak happy sangat #fyp #fyp #doglover #pencintahaiwan #pets #petslover

Iris - Natalie Taylor

"I just wanna say thankyou sebab dah jaga mahkluk ciptaan Allah" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengasihani anjing yang dijerut lehernya itu. Malah, ramai juga yang kagum dengan gadis tersebut kerana bertindak menyelamatkan anjing berkenaan. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 7.2M tontonan, 823K tanda suka dan 27K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian tengok anjing tu, terima kasih kak sebab dah selamatkan dia! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: