seismik

[VIDEO] Gadis Ini Buat Kejutan Datang Jumpa, Teman Lelaki Terkejut Sampai Kena Urut Dada

BF dia punya reaction tu weh!

Cover image via @n4q33 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda sedang melalui hubungan jarak jauh, pasti kadangkala ada rasa rindu mahu berjumpa dengan pasangan betul tak?

Namun, terima kasih kepada teknologi masa kini, semuanya menjadi lebih mudah. Anda boleh membuat video call saja jika rindu.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok apabila seorang gadis membuat kejutan untuk berjumpa teman lelakinya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@n4q33

terengganu selangor just to surprise her boyfriend. gaduh punya gaduh ha ambik kau ##fyp ##ldr

I GUESS I'M IN LOVE - Clinton Kane

Saja buat kejutan sebab kebetulan berada di negeri itu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di salah sebuah perumahan dipercayai rumah teman lelakinya.

Difahamkan, gadis itu menetap di Terengganu dan kebetulan berada di Selangor hanya kerana mahu belajar bersama si kakak yang berada di negeri itu.

Namun, gadis itu mendapat idea untuk memberi kejutan kepada teman lelakinya semasa dia ingin membuang sampah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah wajah lelaki itu berubah sebaik saja melihat teman wanitanya sehingga mengurut dada berkali-kali seperti tidak percaya dia di situ.

Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)

"Weh, dia speechless. Hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 227.8K likes dan 4,845 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)
Image via @n4q33 (TikTok)

Bukan senang nak jumpa bila dah jauh. Mestilah terkejut kan bila tengok dia ada dekat sini :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: