seismik

[VIDEO] Gadis Control Malu Disunting Depan Bakal Mentua, Tapi Cincinnya Pula Jadi Tumpuan

Wow, besar betul!

Cover image via @anienanie87 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang bercinta sudah pasti ingin mengikat tali pertunangan dulu sebelum ke fasa seterusnya

Ada yang memilih untuk merahsiakan majlis pertunangan, ada juga yang inginkan majlis mereka diraikan dengan meriah oleh ahli keluarga dan kawan-kawan.

Apabila sebut tentang pertunangan, tidak sah jika tiada cincin sebagai pengikat hubungan tersebut bukan? Senang cerita, kalau pakai cincin tunang ni gerenti tak ada orang ketiga yang senang-senang nak 'masuk line'.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan cincin tunang seorang gadis semasa disunting oleh bakal mak mentuanya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@anienanie87

selamat bertunang adik...cincin tu woww

original sound - Fasha_Ariana_Official

Kakak rakam adik bersalaman dengan bakal mak mentua, tapi cincin tunang pula curi tumpuan ramai

Menerusi video yang dikongsi oleh @anienanie87, kelihatan gadis itu sedang duduk di atas pelamin tunang bersama bakal mak mentuanya.

Meskipun majlis itu kelihatan ringkas saja, gadis tersebut tetap nampak manis berbaju kurung biru gelap sambil tersipu malu ketika dirakam.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah cincin tunangnya sangat besar dan sudah tentu mahal harganya. "Selamat bertunang adik, cincin tu wow," kata kakaknya.

"Pergh kalau orang nak ngorat tak nampak jugak cincin tu kasi debik sekali dengan cincin, haha ambik kau sekuntum dia bagi" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 669.1K tontonan, 33.6K tanda suka serta 2.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dengan cincin tunang gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak kisahlah besar mana cincin tu, janji urusan kahwin dia dan pasangan dipermudahkan. Tahniah awak! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: