seismik

[VIDEO] Face Mask Terbang Masa Buka Tingkap Kereta, Lelaki Ini Terpaksa Pakai Saiz Baby

Rasa nak tergelak pula tengok.

Cover image via @s.hannan (TikTok)

Umum mengetahui pemakaian face mask adalah sesuatu yang diwajibkan kepada kita semua ketika berada di tempat awam

Jika anda melanggar arahan ini, anda mungkin akan dikenakan denda atau tindakan yang lebih tegas. Ianya kerana penularan wabak Covid-19 di negara kita yang semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di laman TikTok ini apabila seorang lelaki terpaksa menahan malu kerana memakai face mask baby oleh kerana pelitup mukanya terbang

Lihat video penuh itu di bawah:

Face mask terbang masa buka tingkap kereta, redha kena pakai face mask baby

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan menceritakan semasa itu dia sedang memandu dan mahu membuka tingkap kereta.

Namun, face mask yang diletakkan di depan dashboard tiba-tiba terbang keluar oleh kerana angin yang kuat.

Disebabkan itu adalah satu-satunya face mask yang ada, dia terpaksa mencari yang baru tetapi hanya menjumpai face mask bersaiz kecil di dalam keretanya.

Apa yang lebih melucukan adalah demi mematuhi arahan yang telah ditetapkan kerajaan, dia dengan akur terpaksa memakai face mask tersebut walaupun kelihatan sangat kecil di mukanya.

"Kena redha jelah, sudah takdir macam tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki berkenaan yang terpaksa memakai face mask bersaiz kecil.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.6k likes, 102 comments dan 104 shares di TikTok.

Berikut di bawah komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawaklah pula tengok. Yang penting kena patuh SOP :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: