seismik

[VIDEO] Elok Solat & Pergi Tandas, Gadis Tak Sangka Pula Sekali Terkunci Dalam Masjid

Terkejut dia keluar-keluar terus kena kunci.

Cover image via @ainawardina6 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masjid adalah tempat beribadat khusus untuk semua umat Islam

Jika kita berada di luar atau jauh di kawasan rumah, masjid atau suraulah yang menjadi destinasi untuk kita solat bila tiba waktunya.

Malah, segala kelengkapan sudah disediakan seperti sejadah, telekung, bilik wuduk dan sebagainya untuk memudahkan kita.

Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang gadis ini apabila dia terkejut dek kerana terkunci di dalam sebuah masjid telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@ainawardina6

Sorry lah abang2 masjid, saya menyusahkan pulak Ada part 2 guys nak ke?

Funny Song - Cavendish Music

Baru masuk tandas kejap, tak sangka pula terus terkunci

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu berkongsi pengalamannya ketika terkunci di dalam masjid berkenaan.

Difahamkan, pada awalnya dia menunaikan solat sementara menunggu abangnya. Selepas itu, dia pergi ke tandas masjid tersebut.

Namun, dia terkejut apabila dia melihat kesemua pintu utama berkunci menyebabkan dia tersangkut dan tidak boleh keluar.

Mujur saja selepas itu adiknya datang dan memanggil ahli masjid untuk membuka kuncinya.

Lihat video sambungan di bawah:

"Azan sis auto sekampung mai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 993.3K views, 32.1K likes dan 253 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik telefon ada, kalau tak risau family sis :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: