seismik

[VIDEO] Ditinggal Kejap, Sekali Kereta Dah Masuk Longkang Ini Buat Cikgu Memandu Bingung

Macam mana lah boleh masuk longkang tu.

Cover image via @irfnhkim9 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi sesiapa yang baru belajar memandu, sudah pasti kali pertama memandu itu akan merasa sedikit gementar bukan?

Perasaan itu memang biasa berlaku kerana kita tidak terbiasa dengan memandu kenderaan. Oleh sebab itu, kita dinasihatkan untuk belajar memandu dahulu di pusat memandu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah kereta terbabas sehingga masuk longkang di pusat latihan memandu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@irfnhkim9

Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh #foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar

original sound - Irfan Hakim - Irfan Hakim

Kereta dilihat hilang kawalan sehingga termasuk longkang

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman yang memaparkan sebuah situasi di pusat latihan memandu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah sebuah kereta dilihat hilang kawalan sehingga termasuk ke dalam longkang.. Kereta itu juga mengalami kerosakan di beberapa bahagian.

Difahamkan, seorang pelajar sedang dilatih oleh cikgunya untuk melalui jalan zigzag. Namun, cikgunya itu pergi ke tandas sebentar dan menyuruh pelajarnya menyambung semula latihan secara bersendirian. Sebaik saja cikgu keluar daripada tandas, cikgu itu geleng kepala tengok keadaan kereta.

"Saya pun dilepaskan bawak sorang, hasilnya naik divider. Benda dah naik, saya enjoy jela" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 703K tontonan, 55K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adui, tertekan minyak ke tu? Jangan trauma nak bawa kereta pula lepas ni :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: