seismik

[VIDEO] Dikritik Kerana Suara Sebijik Tokti, Netizen Pantas Pertahankan Lelaki Ini!

Kalau dah memang begitu suaranya, nak buat macam mana kan?

Cover image via Twitter @Rudey161 & Instagram @siti_shower

Ingat lagi tak pemuda yang pernah viral satu ketika dahulu gara-gara suaranya mirip penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza?

Menggunakan gelaran Siti Shower atau nama sebenarnya, Muhammad Nor Adam Ziqril, 19 tahun, dia juga pernah muncul dalam program TV menunjukkan bakatnya yang unik itu. Ternyata, suaranya memang tidak dibuat-buat dan sekali dengar memang sama dengan Tokti! 

Sejak itu juga, dia kini mula dikenali ramai malah turut dijemput untuk membuat persembahan nyanyian. 

Terbaru, dia berkongsi video menyanyikan lagu Tokti, Anta Permana di laman Twitter miliknya

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 50 saat itu telah mendapat 154.6 ribu tontonan, 3.7 ribu retweets dan 6 ribu likes. 

Bagaimanapun, tidak semua orang suka melihat persembahannya itu malah mengatakan bahawa hanya ada seorang 'Tokti' di Malaysia

Bahasa: 

"Entahlah, ini sangat meremang dan Malaysia tidak perlukan seorang lagi Tokti," tulisnya. 

Bahasa:

"Saya tak kenal Siti Nurhaliza...dan siapakah anda? Siti Shower?" tulisnya. 

Susulan itu, dia dilihat membalas komen netizen bersetuju bahawa hanya ada seorang Tokti di dunia

Dalam pada itu, netizen mempertahankan lelaki itu dan menjelaskan bahawa ia memang suara asalnya dan tidak dibuat-buat. Malah, ada juga yang turut memuji kemerduan suaranya.

Bahasa: 

"Suara kamu sebijik Datuk Siti. Kenapa la netizen terlalu agresif menyuruh kamu jadi diri sendiri. Sejujurnya, saya tidak tahu cerita sebenar tapi saya boleh lihat kamu seronok menjadi Datuk Siti jadi teruskan usaha dan jangan putus asa," tulisnya. 

Tidak dinafikan bahawa suara lelaki itu memang sama dengan Tokti namun bak katanya, hanya ada satu penyanyi nombor satu di Malaysia!

Image via Instagram @ctdk

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: