seismik

[VIDEO] "Dia Ingat Aku Mak Dia" - Lelaki Ini Cuak Lepas Anak Buah Mamai Cuba Selak Bajunya

Lawak betul lah!

Cover image via @haziqaiman_ (Twitter)

Pasti kita pernah melihat pelbagai reaksi dan gelagat kanak-kanak di laman media sosial bukan?

Jika anda mempunyai anak, sudah pasti anda dapat relate dengan situasi-situasi tersebut. Ianya sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa bosan apabila melihat telatah mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki terpaksa berdepan dengan situasi yang agak kelakar bersama anak buahnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak buah mamai lepas bangun dari tidur, terus selak baju nak cari susu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak yang baru bangun tidur menghampiri seorang lelaki berambut panjang di atas sebuah kerusi.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut semasa itu baru saja bangun dari tidur dan secara tiba-tiba terus ke arah bapa saudaranya itu.

Namun, apa yang lebih melucukan dalam keadaan mamai, kanak-kanak itu tiba-tiba menyelak baju bapa saudaranya dan mahu minum susu.

Kanak-kanak itu menyangka lelaki tersebut adalah ibunya sebab berambut panjang

Selepas tersedar daripada situasi tersebut, kanak-kanak itu dilihat terus turun dan berlari ke arah ibunya kerana tersilap orang.

Menurut lelaki berkenaan, situasi itu bukanlah kali pertama terjadi kepadanya malah ia sudah beberapa kali berlaku. Cuma pada kali ini dia sempat merakam aksi tersebut.

"Kasi je lah baru dia tahu tu mak dia ke bukan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut.

Malah, ada yang berpendapat mungkin kerana penampilan lelaki itu yang berambut panjang membuatkan kanak-kanak itu memikirkan dia adalah ibunya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 135.8K views, 5.6K retweets dan 8.2K likes.

Berikut adalah komen-komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bahaya kalau lelaki simpan rambut panjang, boleh jadi salah faham macam ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: