seismik

[VIDEO] Dato' Siti Nurhaliza Buat Konsert Live Di IG Bikin Ramai Terpegun. Sebijik Beb!

Untungnya jadi jiran Tokti boleh dengar dia menyanyi live tanpa perlu pergi konsert. :D

Cover image via Instagram

Hari ini merupakan hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Pada mulanya, Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac. Namun begitu, berdasarkan keadaan yang semakin membimbangkan susulan daripada penularan wabak Covid-19, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP ini sehingga 14 April 2020.

Sehingga hari ini, pelbagai jenis aktiviti menarik telah dilakukan oleh warganet untuk menghilangkan rasa 'bosan' ketika di rumah.

Tapi bila tengok balik, kreatif juga korang semua ni.

Ada yang buat Dalgona Coffee sampaikan trending satu Malaysia dan hampir semua orang cuba untuk membuat kopi viral ini. Malahan, ada juga yang menyahut cabaran Syed Saddiq untuk buat 'push-ups', dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat, bukan?

Bukan setakat itu sahaja, penyanyi tersohor, Dato' Seri Siti Nurhaliza pun turut serta menghiburkan peminat-peminatnya walaupun hanya di IG Live!

Dato' Siti atau lebih mesra dipanggil 'Tokti' telah membuat IG Live di Instagram miliknya @ctdk hari ini untuk menghiburkan peminat-peminatnya dengan mengadakan konsert mini khas buat mereka yang berada di rumah.

Untungnya siapa yang sempat tengok IG Live Tokti. Bukan senang nak dengar Tokti menyanyi secara langsung kalau bukan di konsert.

Tonton video IG Live tersebut di bawah yang telah dikongsikan oleh pengguna Twitter @IniAlannn:

Rata-rata warganet turut memuji suara Tokti, malah ada juga yang fokus kepada penampilan beliau yang sentiasa kelihatan cantik

Image via Twitter
Image via Twitter

Tapi apa-apa pun, ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Humble betul Tokti ni :)

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: