seismik

[VIDEO] - Dapat Salam Dengan Lee Min Ho, Reaksi Teruja Lelaki Ini Pula Buat Ramai Terhibur

Untunglah!

Cover image via @shaffiqerwin (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, selebriti dan pelakon terkenal dari Korea iaitu Lee Min Ho datang ke Malaysia bagi memeriahkan konsert Cuckoo yang kelapan

Seperti mana yang sudah dijangka, kedatangannya telah membuatkan ramai peminat teruja terutamanya para wanita.

Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang lelaki menjerit seperti terkena histeria selepas dapat salam dengan Lee Min Ho.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menjerit lepas salam dengan oppa Min Ho, ada yang suruh jangan basuh tangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shaffiqerwin, kelihatan lelaki tersebut berada di bahagian tepi pentas sambil menjerit ke arah Lee Min Ho.

Apa yang membuatkan dia terkejut dan teruja adalah apabila oppa kesayangannya itu datang ke arahnya dan sempat salam dengannya.

Reaksi spontan lelaki itu menjerit sambil meletakkan tangan di mukanya ternyata membuatkan ramai berdekah. Iyalah, selalunya kita nampak perempuan saja yang teruja begini apabila bertemu dengan artis kegemaran mereka kan?

"First time lelaki menjerit kerana Min Ho. Haha please jual dekat Shopee, nak beli!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 782.7K views, 95.5K likes dan 3.3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat keterujaan lelaki tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je yang tak excited jumpa oppa handsome? Nak-nak lagi Lee Min Ho. All time favourite ramai tu! :D

Image via Netflix

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: