seismik

[VIDEO] "Dah Macam Hotel" - Penduduk Kongsi Dekorasi Setiap Tingkat Di PPR Sungai Bonus

Terus rasa macam masuk hotel.

Cover image via @housetourmalaysia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang tinggal di rumah seperti flat, kondo atau apartment, sememangnya memikul tanggungjawab untuk menjaga kebersihan di kawasan perumahan

Dengan adanya keharmonian antara penduduk, boleh menghasilkan persekitaran yang bersih dan aman damai.

Itulah yang diterapkan oleh penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Kuala Lumpur selepas tular video dekorasi menarik yang dihasilkan mereka.

Penduduk ambil inisiatif bekerjasama untuk cantikkan lobi lif

Menerusi video di akaun TikTok @housetourmalaysia, kelihatan seorang wanita telah menemu ramah seorang penduduk di situ.

Menurut penduduk di situ, setiap tingkat perumahan tersebut telah dihiasi mengikut tema yang berbeza. Antara tema yang menarik adalah di tingkat enam, tujuh dan sembilan.

Malah, dia juga menunjukkan salah satu tingkat dihiasi dengan pelbagai lukisan yang digantung di dinding tak ubah seperti sedang berada di galeri seni.

Selain daripada itu, ada juga tingkat yang dihiasi penduduk seolah-olah seperti berada ruang tamu rumah termasuk lampu chandelier.

Difahamkan, kos dekorasi ini telah dibincang lebih awal untuk mendapatkan persetujuan bersama. Penduduk juga sama-sama berkongsi duit untuk menghasilkan dekorasi mengikut kreativiti mereka.

Lihat video di bawah:

@housetourmalaysia #HTMshare satu tarikan di PPR Sg Bonus KL dimana terdapat dekorasi unik lift lobby disini. Kami sempat tour beberapa level yang dideko sendiri hasil kreativiti penduduknya dengan pelbagai konsep Hasil kerjasama bagi mencantikkan ruangan lift ini menarik perhatian ramai serta juga memupuk kerjasama antara penduduk. Korang rasa level mana yang paling menarik? Komen dibawah #ppr #flat #pangsapuri #kualalumpur #ighome #ighometourmalaysia #kakideko #kakidekomalaysia #rumahviral #htm #dekorasi #housetourmalaysia #rumahmalaysia #malaysia #inspo #homeinspo #rumahidaman #minimalis #rumahmungil #sghompe #ighometourindonesia #rumahcantik #pinterest #fyp Mozart Minuet with violin(815356) -

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: