seismik

[VIDEO] Cuak Motor Tiba-Tiba Tak Boleh Nak Hidup, Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Tulah confident sangat.

Cover image via @juwanfalyanto (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernahkah anda mempunyai pengalaman tersalah masuk kereta atau tersalah naik motor orang lain sebab tak sedar?

Rasanya pasti ramai yang pernah melalui insiden lucu itu kan? Tambahan lagi jika kereta kita itu sama sebiji pula dengan kereta orang sebelah, memang boleh tersalah jawabnya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita tersalah naik motosikal yang bukan miliknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Syok berborak dengan rakan sampai tak perasan tersalah ambil motor

Menerusi video tersebut, dipercayai insiden berlaku di Indonesia. Kelihatan dua orang wanita baru saja selesai makan di sebuah gerai dan bersedia untuk beredar dari tempat itu.

Salah seorangnya kemudian mengambil motornya sambil dinaiki oleh seorang lagi rakannya. Namun, secara tiba-tiba motor yang mereka naiki itu tidak boleh dihidupkan membuatkan dia merasa hairan.

Sementara itu, lelaki yang duduk di motor disebelahnya pula mengalami masalah sama apabila tidak dapat menghidupkan enjin motornya. Rupa-rupanya mereka baru tersedar yang mereka telah pun tertukar motosikal antara satu sama lain. 

"Sama macam aku bila dekat parking bank" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat insiden tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka tersalah menaiki kenderaan orang lain. Ada juga yang menganggap mungkin lelaki itu jodoh wanita terbabit.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 238.6K likes dan 5,842 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Patutlah tak boleh start! Korang pun lain kali tengok dulu tau sebelum masuk kereta atau naik motor tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: