seismik

[VIDEO] "Comel Je Oyen Ni" - Catwalk Dah Macam Model, Tapi Saiz Badannya Pula Jadi Tumpuan

Bukan biasa-biasa saiz badan dia ni.

Cover image via Super Cats (Facebook)

Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan mudah mesra dengan orang

Mana tidaknya, telatah mereka yang nakal dan comel pasti akan membuatkan sesiapa saja cair bila melihatnya.

Lebih-lebih lagi dengan kucing bernama Oyen kerana ia lebih dikenali dengan pelbagai gelagat nakal di media sosial.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Facebook yang memaparkan kucing Oyen menunjukkan gaya jalan yang comel dan kelakar.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gaya jalan catwalk tular, tapi netizen minta Oyen untuk diet

Menerusi video tersebut, kelihatan dua ekor kucing sedang berjalan bersama dengan gaya jalan yang sangat mencuri tumpuan.

Bukan itu saja, rakaman tersebut menunjukkan kehidupan haiwan comel berbadan gempal ini.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah melihat kepada cara jalan si Oyen yang tak ubah seperti sedang catwalk. Malah, badannya yang gempal itu juga telah mencuri tumpuan.

"I want one, love the way he moves" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video terbabit.

Malah, ada yang menganggap badan kucing itu sangat besar dan mungkin mengalami obesiti. Oleh itu ada yang menyuruh Oyen diet.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 24K likes, 8.8K comments di laman Facebook.

Berikut di bawah komen-komen menarik daripada warganet di Facebook:

Alamak, saiz badan dia memang tak boleh bawa bincang ni. Geram pula tengok :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: