seismik

[VIDEO] Cikgu Buat Live Masa Spotcheck, Viewers Pula Bantu Kongsi Tempat Sembunyi Barang

Rancak ya komen dalam live.

Cover image via @alanrslee (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang kata, tinggal di asrama kehidupan akan lebih terkongkong betul ke?

Bila tinggal di asrama akan ada banyak perkara yang terbatas dan tidak boleh dilakukan sesuka hati. Tetapi, tahukah anda sebenarnya kehidupan di asrama lebih banyak mencipta kenangan.

Lebih-lebih lagi kenangan ketika warden buat spotcheck. Momen itulah yang paling berharga kerana banyak perkara lucu yang dibuat dengan rakan-rakan semata-mata untuk sorok barangan terlarang tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang guru membuat live ketika sedang spotcheck di asrama lelaki ini telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah buat live, viewers pula selamba bagitau di mana tempat biasa barangan terlarang disorok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alanrslee, kelihatan dia memberi reaksi tentang live yang ditemuinya di laman sosial TikTok.

Apa yang menarik perhatiannya adalah apabila live tersebut mengenai seorang guru yang sedang membuat spotcheck di dorm asrama lelaki. 

Lebih melucukan lagi, viewers yang melihat live guru itu turut membantu dengan berkongsi beberapa tempat yang kebiasaannya jadi tempat simpanan barangan terlarang.

"The safest place is bungkus dalam plastik then tanam bawah pasu besar. Dah macam hapus bukti membunuh haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 938.4K views, 8,254 retweets dan 11.7K likes di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka ketika menyembunyikan barang terlarang.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Semua yang komen ni mesti tengah rindu zaman spotcheck asrama kan? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: