seismik

[VIDEO] Busy Sangat Kerja, Cara Wanita Ini Kira Guna Kalkulator Tanpa Melihat Jadi Tumpuan

Powerlah sis!

Cover image via @nurainininie1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bekerja adalah salah satu perkara penting kita kerana tanpa bekerja dari mana kita nak sara hidup betul tak?

Tambahan pula dengan keadaan ekonomi dan harga barangan yang semakin meningkat. Jadi, tidak hairanlah jika hari ini kita dapat lihat ada yang sanggup overtime demi mencari duit lebih.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila aksi seorang wanita mengira menggunakan kalkulator tanpa melihat telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sibuk sangat buat kerja sampai mengira pun tak perlu lihat

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi rutin hariannya semasa di tempat kerja.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia berkongsi tahap kesibukannya itu sehingga tidak perlu melihat kalkulator semasa membuat pengiraan.

Malah, dia juga memberitahu tidak sempat untuk makan kerana terlalu sibuk menyiapkan kerjanya itu.

"Level busy I, pergi kerja bateri phone 98%, balik kerja 90%" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 826.6K views, 80.5K likes dan 1,545 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam tu je dia mengira ya, hebat betul sis ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: