seismik

[VIDEO] Gadis Buat Hal Menari Macam Patung Stesen Minyak, Sekali Kena Tinggal Dengan Geng

Tak boleh tahan gelak tengok dia.

Cover image via @lindanovitasr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kawan-kawan merupakan orang yang rapat dengan kita selain ahli keluarga bukan?

Pasti dalam ramai-ramai kawan anda, ada seorang yang 'masuk air' atau 'gila-gila' bila bersama. Tak dapat dinafikan memang seronok kalau dapat kawan-kawan macam itu sebab boleh menghilangkan stres dan melupakan segala masalah seketika.

Namun begitu, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis dilihat melakukan aksi menari seperti patung di stesen minyak. Video tersebut menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Benam badan dalam pasir untuk menari depan kawan-kawan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis berada di tepi pantai sambil menghabiskan waktu bersama.

Salah seorang kawan mereka dilihat ketika itu telah membenamkan separuh badannya di dalam pasir dengan seorang lagi cuba mengisi angin di tepinya.

Dia kemudian mula bergerak perlahan-lahan dan menari tak ubah seperti patung angin yang sering dilihat di stesen minyak yang mengudang ketawa. Aksinya itu telah membuatkan kawan-kawannya merasa malu dan terus meninggalkannya

"Terhibur pulak aku tengok ni malam-malam buta. Hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang tidak menyangka dengan aksi selamba yang dilakukan gadis itu walaupun di depan orang ramai. Ada juga yang menyifatkan gadis itu pasti seorang yang kelakar dalam kalangan kawan-kawannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5M views, 379.7K likes dan 10.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi, memang masuk air betul dapat member macam ni. Kelakarlah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: