seismik

[VIDEO] Buat-Buat Tidur Tak Nak Balik, Gelagat Pesakit Di MAEPS Ini Raih Tumpuan Netizen

Mesti dia rindu kawan-kawan kat sana tu.

Cover image via @syafiqask (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, sesiapa saja yang didapati positif Covid-19 akan dikuarantin di MAEPS, Serdang

Apabila berakhirnya tempoh kuarantin selama dua minggu, nurse akan memanggil nama untuk daftar keluar dan memberikan pesakit baru untuk menggantikan tempat itu.

Sudah pastinya bagi anda yang pernah masuk ke pusat kuarantin akan berkenalan dengan kawan-kawan baru dan rindukan suasana di sana bukan?

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki bertindak buat-buat tidur semasa hari terakhirnya di pusat kuarantin Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba buat-buat tidur atas katil masa nurse suruh standby untuk balik

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @syafiqask, kelihatan seorang lelaki yang merupakan pesakit Covid-19 di MAEPS sedang baring di atas katilnya.

Difahamkan, itu merupakan hari terakhirnya dikuarantin dan sedang menunggu giliran namanya dipanggil oleh nurse yang bertugas.

Apa yang lebih menghiburkan orang ramai adalah apabila dia selamba buat-buat tidur dan si perakam menjerit bahawa lelaki itu tak nak balik.

Nurse yang sedang bertugas pula spontan membalas "balik, balik bagi orang lain pula masuk". Mereka kemudian serentak ketawa.

Omg miss this vibes, serious talk bila masuk terus rasa tak nak balik hahaha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sehingga 5.2M views, 507.1K likes dan 15.4K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang seolah-olah tidak mahu meninggalkan pusat kuarantin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun kena kuarantin, tapi mesti mereka akan rindu suasana dekat sana sebab frontliners jaga semua pesakit dengan baik kan? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: