seismik

[VIDEO] Bibik Ini Menangis Terharu, Majikan Hadiahkan 'Gelang Emas' Bernilai RM4700

Alhamdulillah rezeki bibik ni!

Cover image via @feetrieaziz22 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai orang gaji dalam rumah pasti dapat meringankan beban keluarga

Bukan saja mereka uruskan hal-hal memasak, mereka juga mengemas rumah, menjaga anak majikan dan macam-macam lagi. Sudah tentu semua perkara ini tidak mudah dan tidak dinafikan memang penat. 

Tular video di TikTok baru-baru ini berkenaan majikan memberikan hadiah kepada bibik mereka yang telah bekerja lebih 5 tahun itu mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@feetrieaziz22

hadiah untuk kamu..terima kasih kerana telah berkhidmat lama..

Right Here Waiting - My first Music

Berikan gelang emas bernilai RM4,700 sebagai tanda terima kasih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @feetrieaziz22 di laman TikToknya, kelihatan mereka sekeluarga dan bibiknya berada di kedai emas. 

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila majikan itu menghadiahkan gelang emas bernilai RM4700 kepada bibiknya sebagai tanda penghargaan setelah berkhidmat lebih 5 tahun. 

Bibik itu lantas menangis terharu dan gembira kerana tidak sangka mendapat hadiah yang bernilai daripada majikannya itu. 

"Alhamdulillah dapat majikan yang baik hati" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut gembira dengan bibiknya itu.

Malah, ada yang menyarankan untuk majikan luar sana mengambil iktibar daripada perkongsian ini. Namun begitu, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sebaliknya. 

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 369K views, 21K likes dan 1K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: 

Alhamdulillah syukur, rezeki bibik tu dapat majikan baik hati! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: