seismik

[VIDEO] "Bestnya" - Layan Percutian Dalam Negeri, Motorhome Keluarga Ini Jadi Perhatian

Seronoknya dalam dia.

Cover image via @xxlx77 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara

Namun, baru-baru ini pemberian vaksin telah pun diagihkan kepada orang ramai dan ia mendapat sambutan hangat. Ini adalah satu berita menggembirakan kerana vaksin ternyata diterima ramai.

Kerajaan juga telah mengumumkan beberapa kelonggaran kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin. Tetapi, kebenaran merentas negeri masih tidak dbenarkan.

Seperti video yang tular di TikTok apabila keluarga ini berkongsi percutian mereka menggunakan motorhome telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@xxlx77

Jambatan guitar, tasik kenyir hadir

original sound - apa oy New

Pusing-pusing dalam negeri naik motorhome yang dibeli dari UK

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi suasana ketika dia bersama keluarga bercuti sambil menaiki motorhome.

Menerusi sumber, motorhome tersebut dibeli daripada United Kingdom (UK) baru saja menjadi milik bapanya selepas selesai menguruskan beberapa prosedur yang mengambil masa sembilan bulan sejak mula ditempah.

Difahamkan, minat ahli keluarga itu yang suka berjalan menjadi sebab utama mereka membeli motorhome berkenaan. Namun disebabkan PKP dan masih tidak boleh merentas negeri, keluarga ini mengambil keputusan untuk berjalan di dalam negeri saja. Harga motorhome ini adalah sekitar RM400,000.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@xxlx77

Reply to @thecaptain.my done!

original sound - akhmal.dniel

"Selalu berangan nak macam ni lepastu boleh jalan dengan family, seronoknya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa hasrat mereka untuk memilikinya suatu hari nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 455.3K views, 36.9K likes dan 2,010 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Wow, bestnya! Dapat pusing-pusing dengan family memang seronok :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: