seismik

[VIDEO] “Berbuka On Time” - Cara Lelaki Ini Berbuka Puasa Menarik Perhatian Ramai

Laju betul dia berbuka puasa.

Cover image via @nasibambong (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat dinantikan-nantikan oleh semua Muslim kerana ia begitu bermakna

Antara perkara yang disukai ramai adalah apabila tiba waktu berbuka puasa dan umat Islam digalakkan untuk menyegerakan berbuka puasa.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang sangat bersedia untuk berbuka puasa sebaik sahaja azan berkumandang.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah sedia untuk berbuka puasa, siap standby kuih di antara bibir

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasibambong di TikTok, kelihatan seorang lelaki meletakkan kuih nona manis di antara bibirnya.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila lelaki itu terus memasukkan kuih tersebut ke dalam mulutnya lalu minum air sebaik sahaja dia mendengar azan.

“Saya tahu abang lapar sangat, tapi jangan macam itu” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 333.7K tontonan, 27.2K tanda suka dan 253 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu berbuka puasa.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Laju betul makan, mungkin dia dah lapar sangat kot :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: