seismik

[VIDEO] "Berani" - Anak Monyet Peliharaan Selamba Berpaut Dekat Kaki Budak Curi Tumpuan

Nasib baik tak nangis.

Cover image via @zamri3659 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Pencinta haiwan sudah tentu mempunyai haiwan peliharaan di rumah bukan?

Ada yang memelihara kucing, hamster, monyet dan macam-macam lagi. Haiwan tersebut sudah menjadi seperti sebahagian keluarga. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan anak monyet berpaut pada kaki seorang budak lelaki telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@zamri3659

Siapa tengok mesti ketawa.....

bunyi asal - Zam's - Zam's

Tak gelabah dan tak takut masa anak monyet berpaut dekat kaki

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan ayahnya sedang berada di luar rumah mereka. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia dilihat dikelilingi anak monyet peliharaan mereka. Dua ekor anak monyet selamba berpaut pada kaki budak itu sehingga budak itu menjerit kecil. 

Monyet-monyet berpaut dan berpeluk erat sehinggakan budak itu menjerit dan memanggil abahnya. Namun, dia sama sekali tidak menangis dan takut. 

"Turun, turun, nak jalan tak boleh", katanya. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@zamri3659

Atan n Atin ikut Mat Fayad jalan2

bunyi asal - Zam's - Zam's

"Comelnya budak ni dengan suara pelatnya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 310K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si cilik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, adik ni berani lah. Tak menangis langsung ya monyet dah melekat dekat badan. Siap bawa jalan! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: