seismik

[VIDEO] Belum Ada Rezeki Hamil, Wanita Ini Gagal Tahan Air Mata Hadap Mulut Orang Luar

Sibuk betul orang sekeliling ni ya.

Cover image via @folloyouu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak dulu lagi, soal zuriat telah menjadi isu yang sangat sensitif bagi sesetengah pasangan terutamanya wanita

Benar, zuriat itu adalah rezeki buat suami dan isteri. Namun begitu, siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki yang telah Allah SWT beri.

Semua yang terjadi pasti ada hikmah dan asbab mengapa ada yang dapat anak cepat serta ada yang dapat lambat.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita gagal menahan air mata apabila diasak soal zuriat telah mencuri tumpuan warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Penat hadap mulut orang luar, tak reti jaga perasaan selamba tanya pasal zuriat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @folloyouu, kelihatan wanita itu sedang menangis di ruang tamu rumahnya gara-gara mendapat pelbagai soalan tentang zuriat.

Dia yang gagal menahan sebak itu telah menerima soalan-soalan dan tuduhan yang langsung tidak menjaga perasaannya sebagai seorang wanita yang menantikan zuriat dari rahim sendiri.

Antara soalan yang sering dia terima adalah "tak nak anak ke? tak makan jamu ke? tak makan ubat ke? tak jaga makan ke? or memang kau yang bermasalah?".

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 195.3K views, 13K likes dan 387 shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet terutamanya kaum wanita memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

Malah, ramai yang turut berkongsi perasaan sama sepertinya dan masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Pedulikan mulut orang lain sis, yang penting kita bahagia dengan hidup kita :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: